Empat Anak Tun Daim Jadi Buruan SPRM

LocalPolitics
27 Feb 2026 • 4:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan empat ahli keluarga bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi membantu siasatan.

Dalam satu kenyataan, SPRM memaklumkan individu terlibat ialah Asnida Abdul Daim dengan alamat terakhir di Lorong Pelangi Pagi D, Country Heights, Kajang, Selangor.

Advertisement

image is not available

Turut dikesan ialah Md Wira Dani Abdul Daim yang alamat terakhirnya di Jalan Kolam Air, Taman Melawati, Ulu Kelang, Kuala Lumpur.

Dua lagi individu ialah Muhammad Amir Zainuddin Daim dan Muhammed Amin Zainuddin Daim, masing-masing beralamat di Persiaran Bukit Tunku, Bukit Tunku.

Menurut SPRM, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Asnida boleh menghubungi pegawai penyiasat Mohamed Daem Mohd Ali di talian 017-9127217 atau emel mohamad.daeem@sprm.gov.my.

“Manakala untuk kes Muhammad Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin boleh menghubungi penyiasat Muhammad Ridhwan Mat Hussin di talian 019 8895174 atau email ridhwan.hussain@sprm.gov.my serta Hardiansyah Ismail di talian 013539147 atau emel di hadriansyah@sprm.gov.my,” menurut kenyataan itu lagi. – Malaysia Gazette

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-02-27 12:27:23

Tiga Pegawai Tentera Dituduh Sebabkan Kematian Pelatih Palapes Syamsul Haris

The post Empat Anak Tun Daim Jadi Buruan SPRM first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.