Empat Beradik Dipercayai Ditinggalkan Di Pondok Pengawal, Polis Mohon Maklumat Orang Awam

24 Nov 2023 • 2:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Empat Beradik Dipercayai Ditinggalkan Di Pondok Pengawal, Polis Mohon Maklumat Orang Awam

IPOH, 24 Nov (Bernama) — Empat beradik termasuk seorang bayi berusia 10 bulan dipercayai ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata maklumat berhubung kejadian itu diterima melalui Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah sekitar 5.39 petang.

“Kejadian sekitar 10.50 pagi itu membabitkan dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan 3 tahun, bayi lelaki berusia 10 bulan serta kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hafezul Helmi berkata berdasarkan keterangan, adik-beradik malang itu dipercayai ditinggalkan oleh seorang wanita tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota.

“Hasil pertanyaan ke atas seorang kanak-kanak berusia 11 tahun itu, mereka telah dihalau dari sebuah rumah dekat Bota sebelum dihantar ke kompleks berkenaan menaiki kereta bersama wanita tidak dikenali.

“Turut ditinggalkan bersama mereka satu bungkusan plastik yang hanya berisi susu dan lampin pakai buang,” katanya.

Hafezul Helmi berkata keempat-empat adik beradik itu telah dihantar ke Rumah Perlindungan Gopeng bagi tujuan keselamatan dan siasatan.

Katanya pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan ibu bapa dan waris kanak-kanak tersebut.

“Orang awam yang mempunyai maklumat boleh tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Hanif Dzulkifli di talian 012-6477452,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved