Empat cawangan Segi Fresh adakan jualan murah barangan asas esok

25 Nov 2023 • 10:05 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 25 NOV: Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang menawarkan pelbagai barangan asas pada harga murah akan diadakan di empat cawangan pasar raya Segi Fresh esok.

Menurut Facebook Segi Fresh, cawangan berkenaan adalah Sungai Udang, Bandar Tasik Puteri, Kuala Kubu Bharu dan Jernang Jaya dengan aneka keperluan berkualiti.

“Bersama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), kami bekerjasama dalam misi memberikan manfaat kepada yang memerlukan terutama golongan berpendapatan rendah berikutan kenaikan kos sara hidup.

“Dapatkan barangan keperluan asas yang murah dan berkualiti di Segi Fresh,” menurut pasar raya itu.

Produk ditawarkan antaranya ayam mentah RM6.99 sekilogram, daging kiub (RM10/pek), siakap (RM7 seekor), telur gred D (RM10 sepapan), tepung gandum (RM2/pek) dan minyak masak 5kg (RM25)

Kerajaan Selangor membelanjakan subsidi RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih lima juta rakyat sehingga kini.

image is not available

image is not available

image is not available

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved