Empat cedera dalam dua nahas jalan raya

4 Sep 2023 • 2:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SEMPORNA: Dua cedera manakala dua lagi selamat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Ladang Pinang, di sini, Ahad.

Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi itu, dua wanita berusia 28 dan 36 tahun cedera, manakala dua lelaki berusia 23 dan 27 tahun tidak mengalami kecederaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.14 pagi melalui B­alai Bomba dan Penyelamat Semporna.

Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat bergegas ke tempat kejadian yang terletak sejauh 47km dengan sebuah jentera bomba dan kenderaan EMRS.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Apabila tiba di lokasi kemalangan, pasukan bomba mendapati nahas itu melibatkan sebuah Pacuan Empat Roda (4WD), sebuah lori dan Perodua Bezza.

“Dua daripada empat mangsa mengalami kecederaan dan telah keluar dari kenderaan mereka sebelum pasukan tiba.

“Pasukan kemudian memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera sebelum dibawa ke hospital oleh ahli keluarga mereka,” katanya.

Operasi itu ditangguhkan pada pukul 10.11 pagi selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di tempat kejadian.

Sementara itu di TAMBUNAN, dua wanita cedera apabila kenderaan Axia yang mereka naiki terjunam ke dalam parit dalam kemalangan yang berlaku berhampiran Kelab Golf Tambunan petang Jumaat lalu.

Balai Bomba dan Penyelamat Daerah menerima panggilan pada jam 2.13 petang dan sepuluh anggota diketuai Komander Operasi, Abdul Jalil bergerak ke lokasi bersama jentera.

Kedua-dua mangsa masing-masing berusia 20 dan 60 tahun mengalami kecederaan pada kaki dan tangan serta dikeluarkan dari kenderaan oleh anggota bomba dan diberi rawatan awal.

Kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke hospital Tambunan menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut dan operasi tamat pada 2.33 petang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.