Empat cedera kemalangan libatkan 13 kenderaan di Lebuhraya BKE, Kulim

11 Jun 2024 • 12:17 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Empat mangsa dilaporkan cedera dalam nahas membabitkan 13 kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 21, Lebuhraya BKE menghala ke Baling, di Kulim, Kedah pagi tadi.

Menurut pegawai bertugas Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan melalui talian Mers 999 pada jam 7.37 pagi.

“PGO Kedah telah mengarahkan jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan 13 buah kenderaan pelbagai jenis,” katanya dalam kenyataan.

image is not available
Sebahagian kenderaan yang terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan sekurang-kurangnya empat cedera. - Gambar ihsan Bomba, 11 Jun, 2024

Katanya, empat mangsa iaitu tiga lelaki dan seorang wanita dilaporkan cedera dan telah dibawa ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.

“Tindakan operasi semasa ialah membersihkan dan menghindarkan bahaya di atas jalan raya,” katanya. - 11 Jun, 2024