Empat cedera termasuk 2 kritikal akibat serangan Israel ke atas pelarian Palestin di Jenin

28 Sep 2022 • 4:13 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

JENIN: Empat rakyat Palestin dilaporkan cedera pada pagi Rabu, dengan dua daripadanya kritikal dalam serangan tentera Israel ke atas kem pelarian Jenin.

Menurut Kementerian Kesihatan dan Keselamatan Palestin, dua rakyat Palestin telah ditembak dengan menggunakan peluru hidup di dada dan dimasukkan ke hospital Jenin.

Tambah Kementerian tersebut, seorang lagi ditempat di bahagian bawah badan. Manakala seorang lagi rakyat ditembak di bahagian tangan. Dua daripada empat mangsa ini dalam keadaan kritikal.

Sumber turut memberitahu bahawa pasukan tentera dalam kumpulan yang besar telah menyerbu Jenin dan kem pelarian dibandar tersebut pada pagi ini.

Mereka melepaskan tembakan ke pelbagai arah dan menembak gas pemedih mata ketika mengelilingi dan membedil sebuah rumah milik Fathi Hazem, iaitu bapa kepada Raad yang dibunuh oleh tentera Israel pada April lalu di Tel Aviv.

image is not availableMASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang terus diselubungi derita amat diperlukan.

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved