Empat daerah Negeri Sembilan tiada hujan lebih 10 hari

20 Mar 2024 • 4:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Empat daerah di negeri ini merekodkan ketiadaan hujan antara 10 hingga 13 hari berturut-turut akibat keadaan cuaca kering.

SEREMBAN - Empat daerah di negeri ini merekodkan ketiadaan hujan antara 10 hingga 13 hari berturut-turut akibat keadaan cuaca kering.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia berdasarkan rekod di Stesen Meteorologi di lokasi, antaranya Stesen Pusat Ternakan Haiwan Jelai dan Felda Palong Lima mengalami hari tanpa hujan selama 13 hari berturut-turut.

"Ia diikuti Stesen Pertanian Gemencheh (10 hari) manakala Stesen Meteorologi Kuala Pilah dan Stesen Hospital Jelebu merekodkan 10 hari tanpa hujan sehingga dua hari lepas.

"Setakat ini status panas di negeri ini berada tahap berjaga-jaga, iaitu suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah celsius bagi tiga hari berturut-turut iaitu di Seremban, Jelebu, Rembau dan Tampin," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini pada Rabu.

Ujarnya, semua pihak di setiap daerah diminta menghentikan pembakaran terbuka yang boleh meningkatkan suhu persekitaran.

"Orang ramai diingatkan mengurangkan aktiviti luar, utamakan penjagaan kesihatan terutamanya dalam menjalani ibadah puasa ini.

"Bagaimanapun situasi tersebut tidak menjejaskan empangan di negeri ini serta air sungai yang masih cukup selain tidak menerima laporan daripada pesawah yang terjejas akibat cuaca panas tersebut," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved