
Kota Kinabalu: Empat penganggur lelaki didakwa secara berasingan di Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa, atas pertuduhan mengedar dadah.
Kalaichelvan Silvaraju, 40, individu tanpa dokumen Muhd Yahya Abdullah, 19, Padillah Jamiry, 31, dan Mohd Norhadrie Raduan, 24, dibawa ke hadapan Majistret Lovely Natasha Charles dan Stephanie Sherron Abbie.
Kalaichelvan didakwa mengedar 126 gram syabu pada 5 petang 19 Jun lalu di tempat letak kereta Universiti Condo Apartment 2, Manggatal, manakala Yahya didakwa mengedar 102.31 gram serbuk Ecstasy pada 2.45 pagi 27 Jun lalu di hadapan sebuah hotel di Kg Air di sini.
Padillah didakwa mengedar 50.59 gram syabu pada jam 2 petang 19 Jun lalu di hadapan sebuah kedai cuci kereta di Plaza Likas di sini manakala Norhadrie didakwa mengedar 50.73 gram syabu pada 11.30 pagi 27 Jun lalu di kawasan semak Kg Lok Buno, Sepanggar, Manggatal.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Tiada pengakuan direkodkan daripada empat tertuduh itu kerana kesalahan terhadap mereka di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pertuduhan itu membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
Majistret Lovely yang mendengar kes Kalaichelvan dan Yahya, menetapkan 2 Ogos ini untuk sebutan semula pertuduhan masing-masing.
Majistret Stephanie menetapkan 4 Sept ini untuk sebutan semula kes Padillah dan Norhadrie.
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan baharu sementara menunggu laporan ahli kimia dan tidak menawarkan jaminan kepada setiap tertuduh.
Mahkamah memerintahkan kesemua tertuduh direman lanjut kerana pertuduhan terhadap mereka tidak mempunyai peruntukan jaminan.
Sementara itu, dua lelaki masing-masing didenda RM100 atau penjara seminggu kerana secara penipuan mempunyai RM4,000 dan RM500 dalam akaun bank mereka.
Ahmad Kamal mengaku bersalah di hadapan Lovely kerana mempunyai RM4,000 dalam akaun Public Bank miliknya pada 4 April 2021 manakala Ng Calvin mengaku mempunyai RM500 dalam akaun Maybank-nya pada 7.32 malam pada 2 Julai 2022.
Mereka gagal memberikan penjelasan memuaskan bagaimana mereka memperolehi wang tersebut.
Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 22A (1) Ordinan Kesalahan Kecil, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Albert Basiri dan Suzie @ Stephanie Kupit.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
