Empat dikompaun buat pembakaran terbuka

1 Jan 2024 • 10:08 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Empat kompaun dikeluarkan dalam operasi pembakaran terbuka yang dijalankan.

image is not available
Kompaun dikeluarkan di bawah kesalahan larangan membakar bahan buangan.

image is not available
Operasi dijalankan kakitangan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar MPAJ bersama Jabatan Penguatkuasa MPAJ.

AMPANG - Empat kompaun dikeluarkan dalam operasi pembakaran terbuka dijalankan di Bandar Baru Ampang, Desa Lembah Permai, Kampung Bukit Sungai Puteh dan Ampang Indah.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi dijalankan kakitangan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar MPAJ bersama Jabatan Penguatkuasa MPAJ.

**media[2481323]**

"Tahukah anda bahawa pembakaran terbuka adalah dilarang? Ayuh hentikan kegiatan pencemaran udara.

"Kakitangan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar MPAJ bersama Jabatan Penguatkuasa MPAJ telah melaksanakan operasi pembakaran terbuka.

**media[2481322]**

"Empat kompaun dikeluarkan di bawah kesalahan larangan membakar bahan buangan di Bandar Baru Ampang, Desa Lembah Permai, Kampung Bukit Sungai Puteh dan Ampang Indah," kata MPAJ dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menasihati penduduk agar segera menghentikan amalan pembakaran secara terbuka bagi menjaga kualiti udara sekitar.

PBT itu memaklumkan, aktiviti sedemikian dilarang melainkan aktiviti-aktiviti ditetapkan di dalam Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Pembakaran Terbuka) 2000 mengikut cara dan tempat yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar dan Majlis.

"Ia sebagaimana yang telah ditetapkan di bawah seksyen 16, Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah-Sarap (MPAJ) 2007," kata kenyataan itu lagi.