Empat ditahan selepas samun, pecah masuk kedai

14 Jul 2022 • 3:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

AMPANG - Empat lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun dan pecah kedai di Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Ampang di sini, 4 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua lelaki berusia 29 hingga 42 tahun itu ditahan di tepi jalan Pasir Emas Sungai Chua Kajang pada jam 1.15 pagi, Khamis.

"Kita turut merampas 10 telefon bimbit, empat topi keledar, empat sarung tangan, beberapa pakaian, jam tangan dan peralatan yang digunakan untuk pecah kedai," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, kumpulan ini menunggang motosikal dan menyasarkan bangunan kedai sebelum sebelum melakukan samun pada awal pagi.

"Kita berjaya menyelesaikan tiga kes di Ampang Jaya susulan penangkapan kesemua suspek itu.

"Kesemua suspek mempunyai rekod jenayah dan direman selama tujuh hari sehingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved