Ramai menyangka hanya perokok aktif yang berisiko mendapat pelbagai penyakit. Namun, tanpa disedari, perokok pasif juga terdedah kepada risiko penyakit serius yang boleh mengancam nyawa.
Menerusi hantaran video di TikTok sistihah00, beliau berkongsi pengalaman ngeri apabila terpaksa ditebuk paru-paru sebanyak empat kali gara-gara menjadi perokok pasif.
“Sekarang tengah viral pasal orang hisap vape dan rokok kena tebuk paru-paru, kan? Tapi saya pula kena tebuk sebab jadi perokok pasif.
“Pada tahun 2017, paru-paru sebelah kiri dua kali kena tebuk. Kemudian pada tahun 2019, sebelah kanan pula dua kali kena tebuk,” katanya.
Kajian menunjukkan bahawa risiko penyakit jantung dan kanser paru-paru meningkat bagi perokok pasif yang terdedah dalam jangka masa panjang. So beringatlah ya. Saya dah terkena hope korang tak terkena. Sakit tu hanya Allah yang tahu macam mana. Sampai sekarang efek sakit saraf tu masih ada sebab baring terlentang atas katil lama sangat tanpa mengiring kiri atau kanan #vape #rokok #bahayarokok #fyppppppppppppppppppppppp #storylife
Menurut wanita tersebut, sehingga kini dia masih menanggung kesan sampingan, termasuk sakit saraf yang berpanjangan.
“Kajian menunjukkan bahawa risiko penyakit jantung dan kanser paru-paru meningkat bagi perokok pasif yang terdedah dalam jangka masa panjang. Jadi, beringatlah ya. Saya dah terkena, harapnya korang tak terkena.
“Sakit tu hanya Allah yang tahu macam mana. Sampai sekarang, kesan sakit saraf tu masih ada sebab baring terlentang atas katil terlalu lama, tanpa boleh mengiring kiri atau kanan,” tambahnya.
Dalam video yang sama, dia turut menasihati para perokok dan penghisap vape tegar agar lebih bertanggungjawab terhadap orang sekeliling.
“Jadi berhati-hatilah wahai perokok dan penghisap vape. Jika ada nyawa yang terkorban disebabkan terhidu asap vape atau rokok yang korang hisap, korang akan bertanggungjawab di akhirat kelak,” katanya tegas.
The post Empat kali paru-paru ditebuk, wanita kongsi derita akibat asap rokok appeared first on The Reporter.

