Empat kawasan di Semenanjung catat IPU tidak sihat

3 Oct 2023 • 9:26 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tambak Johor hampir 'hilang' akibat jerebu yang melanda.

SHAH ALAM - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di empat kawasan di Semenanjung Malaysia menunjukkan tahap tidak sihat setakat jam 8 pagi pada Selasa.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU tertinggi direkodkan di Nilai, Negeri Sembilan iaitu 155 manakala Seremban, Negeri Sembilan (144).

Turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat di Cheras, Kuala Lumpur (153) dan Banting, Selangor (111).

Di Sabah, hanya satu kawasan mencatatkan IPU baik iaitu di Kimanis (49).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 di kategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui tahap IPU terkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved