Empat Kejadian Wabak Jangkitan Salur Pernafasan Dilapor Semalam – KKM

22 Jul 2022 • 10:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) — Sebanyak empat kejadian wabak jangkitan salur pernafasan dilaporkan semalam menjadikan jumlah kumulatif wabak setakat ini sebanyak 251, dengan kebanyakan kejadian melibatkan pelajar dan murid sekolah.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan tiga kejadian membabitkan pratadika dan satu institusi pengajian tinggi.

Setakat semalam, Perak mencatat jumlah kejadian tertinggi dengan 48 kejadian, diikuti Selangor (33), Kuala Lumpur (30), Pahang (24), Kedah (23), Johor (16), Pulau Pinang (14), Melaka (13), Terengganu (11) dan Negeri Sembilan – sembilan kejadian.

Perlis pula mencatat lapan kejadian, Sarawak (dua) manakala Sabah dan Labuan, masing-masing tiada kejadian direkodkan.

Sekolah menjadi lokasi kejadian jangkitan tertinggi dengan jumlah kumulatif setakat ini adalah sebanyak 213 kejadian, diikuti pratadika (16), institusi/kolej (10), rumah (enam), pusat jagaan (empat), tempat kerja dan penjara/pusat serenti, masing-masing satu kejadian.

Menurut KKM, tiada kes kematian dilaporkan daripada kesemua 251 kejadian yang dicatatkan itu.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved