Empat kenderaan kemalangan angkara babi

13 Jun 2023 • 5:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kemalangan melibatkan empat buah kenderaan dalam kejadian di Jalan Desa Pinggiran Putra di sini pada Selasa. Foto kecil: Bangkai babi yang dilanggar salah sebuah kenderaan dalam kemalangan di Jalan Desa Pinggiran Putra di sini pada Selasa.

image is not available
Siasatan mendapati salah sebuah daripada tiga kenderaan yang berada di bahu jalan itu terlebih dahulu melanggar bangkai babi tersebut.

SEPANG - Angkara bangkai babi, seorang penunggang motosikal cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Jalan Desa Pinggiran Putra di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, kejadian berlaku pada jam 6.47 pagi.

"Siasatan mendapati kenderaan jenis Honda City dipandu seorang lelaki berumur 57 tahun dari arah Desa Pinggiran Putra menghala ke Alamanda sebelum melanggar bangkai babi yang berada di tengah jalan.

"Kenderaan mangsa yang hilang kawalan kemudian merempuh tiga lagi kenderaan termasuk sebuah motosikal yang ketika itu berada di bahu jalan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

**media[2230059]**

Katanya, siasatan mendapati salah sebuah daripada tiga kenderaan yang berada di bahu jalan itu terlebih dahulu melanggar bangkai babi tersebut.

"Penunggang motosikal yang dilanggar oleh Honda City tersebut mengalami kecederaan luka ringan di bahagian tangan kanan, kaki kiri dan telah menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

"Tiga pemandu kenderaan lain yang terlibat bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.

"Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59)," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved