Empat kereta BMW musnah dalam kebakaran

10 Apr 2023 • 8:53 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Empat buah kereta BMW terbakar di hadapan sebuah galeri kenderaan di Taman Eco Ara Damansara, Petaling Jaya, pada Isnin.

PETALING JAYA - Sebanyak empat buah kereta mewah musnah dalam kebakaran ketika diturunkan dari lori pengangkut di hadapan sebuah galeri kenderaan di Taman Eco Ara Damansara, di sini, pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.30 tengah malam.

"Sepasukan sembilan anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Morni berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kebakaran membabitkan sebuah BMW X5 baharu serta dua BMW 5 Series dan sebuah BMW 7 Series terpakai.

"Kebakaran menyebabkan dua daripada kenderaan itu musnah 70 peratus, manakala dua lagi kenderaan musnah 100 peratus," katanya.

Beliau berkata, kerja memadam kebakaran mengambil masa hampir setengah jam sebelum api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 1.10 pagi.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved