Kota Kinabalu: Seorang buruh berumur 33 tahun dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mencuri sebuah telefon bimbit kepunyaan seorang pekerja asing.
Roslan Mansur mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin kerana mencuri sebuah iPhone 16 Pro berwarna emas kepunyaan seorang lelaki rakyat Filipina, Juarez Mersan, pada jam 2 pagi, 6 Ogos di laluan pejalan kaki Waterfront, Jalan Tun Fuad Stephens.
Pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan itu menyaksikan Roslan berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.
Menurut pihak pendakwaan, Juarez sedang berjalan bersama seorang rakan sekerja apabila Roslan melanggarnya. Beberapa saat kemudian, Juarez ternampak Roslan memegang sebuah telefon yang sama seperti miliknya, lalu memeriksa poket dan menyedari telefonnya telah hilang.
Walaupun dia cuba mengejar Roslan, pencuri itu berjaya melarikan diri. Roslan kemudiannya ditangkap selepas laporan polis dibuat.
Dalam kes berasingan, Md Syahfiq Tonny, 23, dipenjara lapan bulan kerana memiliki meter elektrik curi kepunyaan Ahidi Jumin. Barang itu ditemui pada 9 Ogos di hadapan sebuah rumah di Kg Lapasan, Telipok, selepas dilaporkan hilang pada 3 Ogos.
Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, dua lagi lelaki turut dipenjara kerana kesalahan dadah.
Usama Jalani dan Azwan Jamian masing-masing dihukum penjara lapan bulan selepas mengaku bersalah memiliki 0.05g dan 0.07g syabu. Mereka didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Selain itu, Azwan dijatuhi hukuman penjara tambahan selama tujuh bulan mengikut Seksyen 15(1) Akta sama kerana mengambil dadah.
Usama turut diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman.
Inspektor Yusdi Basri mengendalikan pendakwaan untuk keempat-empat kes terbabit.