Empat lelaki terlibat aktiviti parkir haram dicekup

LocalPolitics
25 Nov 2024 • 10:52 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Salah seorang lelaki yang ditahan polis dalam operasi berkenaan. Foto IPD Johor Bahru Selatan

JOHOR BAHRU – Seramai empat lelaki ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan melibatkan aktiviti parkir haram di sekitar kawasan Jalan Wong Ah Fook di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua lelaki berusia 21 hingga 54 tahun itu ditahan sekitar jam 8.30 hingga 11.50 malam di lokasi berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 50 (3) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya," katanya.