Empat lelaki terperangkap atas pokok akibat banjir diselamatkan bomba

25 Dec 2023 • 12:38 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Empat orang lelaki termasuk dua warga emas terpaksa memanjat sebatang pokok besar di sebuah kebun sayur di tepi Sungai Brooke, Pos Blau, Gua Musang, Kelantan bagi menyelamatkan diri akibat limpahan air sungai yang semakin tinggi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kejadian itu dilaporkan kepada pihak bomba pada pukul 7.31 pagi ini dan usaha menyelamat digerakkan melibatkan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang ke lokasi.

image is not available
Pasukan bomba membawa empat lelaki ke kawasan selamat selepas dibawa turun dari pokok ekoran limpahan air Sungai Brooke di Gua Musang, Kelantan - Ihsan Bomba, 25 Disember, 2023

Ketua Balai BBP Gua Musang turut serta dalam operasi penyelamatan itu dan pasukannya menuju ke lokasi mangsa terperangkap dengan menaiki bot penyelamat.

Kesemua mangsa berjaya dibawa turun serta dibawa ke tempat yang lebih selamat dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10 pagi. - 25 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved