Empat Maut & 12 Cedera Kemalangan Di LPT1

27 Aug 2022 • 11:18 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Empat maut, 12 cedera kemalangan di LPT1

KUANTAN, 27 Ogos (Bernama) — Empat maut manakala 12 cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 135.7 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Kuantan pada awal pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Zulfadli Zakaria berkata kemalangan melibatkan sebuah lori kontena, Proton Exora, Proton Waja dan trak tunda.

Mereka yang maut ialah sepasang warga emas dan seorang remaja lelaki menaiki Proton Exora serta pemandu trak tunda.

image is not available
Gambar kredit Bomba

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.26 pagi. Kejadian dipercayai berlaku apabila lori kontena terbabas sebelum merempuh trak tunda yang sedang mengangkat Proton Exora rosak di tepi lebuh raya.

“Proton Waja itu pula difahamkan berada di tepi jalan yang sama. Kemalangan menyebabkan Proton Exora jatuh ke gaung dianggarkan sedalam 40 kaki (12.19 meter),” katanya dalam kenyataan.

Zulfadli berkata mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber:BERNAMA