Empat maut nahas JRTB dalam perjalanan untuk memancing di Perak

4 Oct 2026 • 9:19 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Empat maut nahas JRTB dalam perjalanan untuk memancing di Perak

KOTA BHARU – Empat mangsa yang maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 38.5, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Tasik Banding, Gerik di Perak hari ini dipercayai sedang dalam perjalanan untuk memancing di Perak.

Kemalangan kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu mengorbankan, Al Zubair Deraman, 31, seorang wanita, Tuan Shazrin Tuan Mud, 40, seorang bayi perempuan dan Nik Mohamad Hafiz Daniel Nik Hairey, 19.

Kakak kepada Al Zubair Deraman, Wahida, 53, berkata, dia menerima maklumat adiknya sedang dalam perjalanan ke tempat memancing di Perak.

Katanya, arwah bagaimanapun tidak memaklumkan perkara tersebut kepadanya sebelum bergerak pagi tadi.

“Saya hanya menyedari adik tiada di rumah kira-kira pukul 9 pagi tadi selepas melihat motosikalnya tiada. Dia kebiasannya memaklumkan kepada saya sekiranya mahu keluar memancing ke luar Kelantan.

“Hari ini, arwah tidak beritahu saya tujuan dia keluar rumah. Saya terkejut apabila mendapat tahu dia pergi memancing di Perak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Wahida memberitahu, dia hanya menyedari adiknya terlibat dalam kemalangan selepas dimaklumkan oleh pihak polis yang datang ke rumahnya petang tadi.

Menurutnya, dia bersama adik-beradik sedang dalam perjalanan ke Hospital Taiping, Perak untuk menuntut jenazah adiknya yang dijangka dikebumikan esok.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, empat termasuk seorang bayi perempuan maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan Kilometer 38.5, JRTB Gerik-Jeli dekat Tasik Banding, Gerik hari ini.

Mangsa yang maut terdiri daripada dua lelaki, seorang wanita dan seorang bayi perempuan. – KOSMO! ONLINE

The post Empat maut nahas JRTB dalam perjalanan untuk memancing di Perak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved