Empat maut nahas tujuh kenderaan di Ipoh

13 Jul 2022 • 7:08 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Empat termasuk tiga wanita maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan enam kereta dan sebuah treler di KM277.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata anggota yang dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.02 petang mendapati empat mangsa tersepit iaitu seorang lelaki dan tiga wanita

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya telah mengeluarkan kesemua mangsa dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan,“ katanya dalam kenyataan.

Jurucakap itu berkata pihaknya menyerahkan kesemua mangsa kepada polis dan operasi tamat pada 4.16 petang.

Tinjauan Bernama mendapati kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan kira-kira lima kilometer di lokasi kejadian.

Sementara itu, Plustrafik dalam ciapan di Twitter melaporkan kemalangan itu telah mengakibatkan kesemua lorong terhalang dan trafik tidak bergerak sepanjang tujuh kilometer, namun kembali lancar kira-kira 5 petang.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved