
Empat Negeri Diramal Hujan Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 9 malam ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Perak, Selangor, Sarawak, Sabah dan seluruh WP Labuan diramal hujan.
“Di Perak, daerah yang diramal hujan adalah Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Manakala di Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
“Sementara di Sarawak pula Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit) dan Limbang.
“Bagi Sabah pula di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://web.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid032M7zD4ecBizYu8b6o3ZvfjFr8MK2vTnHnhKjdmCpvecCZssjaz1HUPrQeznQ7psBl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
BACA: Rupanya Ini Sebab Kenapa Tayar Ambulans KKM Ada Tyron
The post Empat Negeri Diramal Hujan Hingga Malam Ini appeared first on Siakap Keli.


