Empat pekerja kilang kelapa sawit melecur, mesin dandang stim meletup

3 May 2025 • 12:24 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 3 MEI: Empat pekerja melecur apabila mesin dandang stim kilang kelapa sawit di Bestari Jaya di Kuala Selangor meletup pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.55 pagi sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya.

“Susulan insiden berkenaan, empat mangsa lelaki iaitu masing-masing seorang warga tempatan dan Bangladesh serta dua warga Nepal berusia antara 27 hingga 38 tahun cedera.

“Kebakaran berikutan letupan itu juga berjaya dipadam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata pekerja kilang berkenaan sedang melakukan kerja pemanasan air di mesin berkenaan bagi tujuan operasi kilang sebelum ia meletup.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang menaiki kenderaan sendiri untuk rawatan lanjut dan seorang daripada mereka dirawat di zon merah.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved