Empat pekerja melecur, kilang proses makanan haiwan terbakar

22 Apr 2024 • 4:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan kilang memproses makanan haiwan di Bandar Sultan Suleiman di Klang yang terbakar pada Isnin.

KLANG - Empat pekerja melecur dalam kebakaran melibatkan sebuah kilang memproses makanan haiwan di Bandar Sultan Suleiman dekat sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 2.12 petang.

"Seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Klang Selatan bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan bahagian tangki simpanan serbuk tepung di kilang terbabit," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, empat individu dipercayai pekerja kilang mengalami kecederaan akibat kejadian.

"Mangsa cedera melibatkan tiga lelaki warga asing dan seorang lelaki warga tempatan.

"Api dipercayai padam sebelum bomba tiba di lokasi kejadian," katanya.

Menurutnya, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved