Empat peniaga buah, sayur didenda guna alat timbang tidak ditentusah

LocalBusiness & Finance
14 Sep 2024 • 3:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Empat peniaga buah dan sayur di bandar di sini didenda kerana menggunakan alat timbang neraca spring yang tidak ditentusahkan.

Kesemua peniaga itu dikenakan tindakan semasa satu pemeriksaan oleh Penguatkuasa Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sandakan yang diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Azdy Zukkry John di pasar malam buah-buahan dan sayur, bandar di sini, baru-baru ini.

Azdy berkata fokus pemeriksaan adalah peniaga buah-buahan terutamanya durian yang bersifat sementara dan bermusim serta peniaga sayur di kawasan terbuka berhampiran Pasar Umum Sandakan.

“Pemeriksaan ini menumpukan kepada pematuhan terhadap Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dan Akta Timbang Dan Sukat 1972.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Selain itu, ia juga dijalankan untuk memaklumkan masyarakat mengenai pentingnya ketepatan timbang dan sukat dalam perniagaan serta tidak mudah terpedaya dengan peniaga yang ingin mengambil kesempatan,” katanya.

Menurutnya, empat peniaga dikenakan tindakan di bawah Seksyen 14(6) Akta Timbang Dan Sukat 1972.

“Peniaga terbabit dikompaun RM200 setiap seorang. Sementera itu, 102 Kenyataan Pemeriksaan Premis juga dikeluarkan semasa operasi itu,” katanya.

Untuk rekod, sejak 1 Januari sehingga Jumaat (13 Sept), sebanyak 5,399 premis perniagaan telah diperiksa oleh KPDN Sandakan dan 158 kes telah dihasilkan dalam tempoh itu.

Azdy berkata nilai rampasan keseluruhan kes berjumlah RM2,743,559.24 manakala jumlah nilai kompaun keseluruhan adalah sebanyak RM44,300.

Sejak awal tahun ini, dua kes telah didakwa di mahkamah dan disabitkan kesalahan oleh mahkamah, dengan denda membabitkan RM24,000.

Sepanjang tempoh dari 1 Januari 2024 hingga 13 September, sebanyak 113 aduan pengguna telah diterima di KPDN Sandakan.

Daripada 113 aduan tersebut, 106 (93.8 peratus) disiasat dan diselesaikan manakala baki tujuh lagi sedang dalam siasatan.

Justeru, KPDN Cawangan Sandakan mengalu-alukan sebarang maklumat dan aduan berkaitan salah laku peniaga, tambahnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article