Empat Pensyarah UUM Tersenarai Antara 2% Saintis Terbaik Dunia

21 Sep 2025 • 8:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Empat Pensyarah UUM Tersenarai Antara 2% Saintis Terbaik Dunia

Empat pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) melakar pencapaian membanggakan apabila tersenarai dalam kelompok 2% saintis terbaik dunia. Ini sekali gus mengharumkan nama universiti itu di peringkat antarabangsa.

Mereka yang menerima pengiktirafan tersebut ialah Prof. Ts. Dr. Norazah Mohd Suki dari Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) dan Prof. Madya Ts. Dr. Aidi Ahmi dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM).

image is not available
Gambar: UUM Today

image is not available
Gambar: UUM Today

Selain itu, Ts. Dr. Siti Khadijah Hubadillah dari Pusat Pengajian Teknologi Pengurusan dan Logistik (STML) serta Ts. Dr. Khairul Hafezad Abdullah dari Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) turut tersenarai dalam pencapaian berprestij ini.

image is not available
Gambar: UUM Today

image is not available
Gambar: UUM Today

Prof. Norazah kekal di senarai 2% saintis terbaik dunia 7 tahun berturut-turut

Menurut Prof. Ts. Dr. Norazah Mohd Suki, ini merupakan tahun ketujuh berturut-turut beliau disenaraikan sejak 2019 dalam Senarai 2% Teratas Saintis Dunia.

image is not available
Gambar: UUM Today

Katanya, pengiktirafan itu mengukuhkan lagi pengaruh dan kepimpinannya dalam bidang kepakaran.

“Di samping usaha dan disiplin diri, saya amat bersyukur kerana dikelilingi oleh ekosistem yang menyokong, daripada pihak universiti, rakan penyelidik, pelajar pascasiswazah, dan keluarga,” katanya.

Sementara itu, Prof. Madya Ts. Dr. Aidi Ahmi menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai kejayaan bersama, bukan sekadar pencapaian peribadi.

image is not available
Gambar: UUM Today

“Pengiktirafan ini merupakan cerminan daripada hasil usaha berpasukan, sokongan, dan dorongan berterusan yang saya terima daripada rakan penyelidik, para pelajar, penulis bersama (co-authors) serta rakan kolaborasi (collaborators) yang sentiasa berganding bahu dalam menerbitkan penyelidikan berkualiti,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pengiktirafan itu merupakan satu amanah untuk terus menghasilkan kajian yang relevan dan berimpak tinggi. Kajian tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada dunia akademik, tetapi juga kepada masyarakat secara menyeluruh.

Tahniah

Dalam pada itu, Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Fo’ad Sakdan dalam satu kenyataan merakamkan tahniah kepada semua penerima.

Beliau menegaskan kejayaan ini membuktikan kemampuan penyelidik UUM melaksanakan kajian bertaraf dunia yang diiktiraf antarabangsa.

“Kejayaan ini adalah bukti bahawa warga akademik UUM berupaya menghasilkan penyelidikan bertaraf dunia yang memberi impak positif kepada masyarakat, industri dan negara.

“Universiti akan terus menyokong usaha penyelidikan agar lebih ramai lagi sarjana UUM mendapat pengiktirafan di pentas global.

“Saya berharap kejayaan ini juga menjadi inspirasi kepada para penyelidik muda untuk terus berusaha gigih mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing,” katanya.

Sumber: UUM Today