Empat rakan berdepan hukuman mati

2 Jul 2026 • 11:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Empat rakan berdepan hukuman mati
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine dengan anggaran berat 503.20 gram di sebuah rumah bernombor di Fasa 2D, Seri Manjung dalam daerah Manjung kira-kira jam 3.30 petang pada 26 Jun 2026. Foto Bernama
Image from: Empat rakan berdepan hukuman mati
Empat rakan dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Khamis atas pertuduhan mengedar dadah lebih 500 gram, bulan lalu.

MANJUNG - Empat rakan berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup selepas didakwa di Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Khamis atas pertuduhan mengedar dadah lebih 500 gram, bulan lalu.

Tertuduh, Tugimin Mistat, 54; Zulkifli Abdul Halim, 40; Mohd Ashiq Mohd Saed, 40, dan Fitri Hafifi Mohd Hassan, 35, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Asma’ Nahdiyya Che Ab Rahim.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

**media[3568741]**

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine dengan anggaran berat 503.20 gram di sebuah rumah bernombor di Fasa 2D, Seri Manjung dalam daerah Manjung kira-kira jam 3.30 petang pada 26 Jun 2026.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan dikenakan maksimum 12 sebatan sekiranya tidak dikenakan hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Zainarida Emilia Zaidi, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved