Empat rumah, 1 blok kuarters pekerja musnah dalam kebakaran

16 Jan 2023 • 4:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Empat rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Mawar, Kg Sri Menanti dekat sini, awal pagi Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, seramai 24 pegawai dan anggotanya dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 2.51 pagi menerusi MERS 999.

Katanya, pasukan itu dikejarkan ke lokasi bersama enam jentera, termasuk empat utiliti untuk operasi pemadaman di kawasan penempatan padat itu.

Beliau yang mengetuai operasi tersebut berkata, empat rumah terlibat adalah jenis tidak kekal masing-masing berkeluasan 30 x 30 dan 20 x 20 kaki persegi.

“Api dapat dikawal pada jam 3.39 pagi,” katanya sebelum menambah, operasi ditamatkan pada jam 5.25 pagi.

Jemishin berkata tiada kecederaan dan kematian dilaporkan dalam insiden itu, manakala, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Operasi itu turut dibantu Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

KEBAKARAN DI Kg Sri Menanti di Tawau.

Sementara itu, di LAHAD DATU, satu blok rumah pekerja 15 pintu di kilang papan lapis di Jalan Silabukan, di sini, musnah dalam kebakaran Sabtu lepas.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.51 petang melalui MERS999.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu serta sepasukan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Silabukan bergegas ke lokasi kejadian.

Pasukan itu kemudian melaporkan bahawa selain satu blok kuarters pekerja separuh kekal, dua pacuan empat roda (4WD) turut terbakar dan 20 peratus musnah.

“Api berjaya dikawal pada jam 4.50 petang dan operasi ditamatkan pada jam 7.00 malam selepas anggota memastikan tiada bahaya lain di tempat kejadian.

“Kuarters itu musnah 100 peratus tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” kata mereka sambil menambah jabatan itu sedang menyiasat punca kebakaran dan kerugian dalam kejadian itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.