Empat Sekeluarga Maut: Remaja Pandu Melulu Dibebas Sementara Dengan Jaminan Polis

10 Jun 2026 • 5:37 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian memandu secara melulu bersama abangnya sehingga mengakibatkan kematian empat sekeluarga di Jalan Renggam–Simpang Renggam, 1 Jun lalu telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Image from: Empat Sekeluarga Maut: Remaja Pandu Melulu Dibebas Sementara Dengan Jaminan Polis

Foto arkib: Bernama

Menurut laporan Utusan, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kertas siasatan kes berkenaan telah lengkap dan sudah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Kita telah terima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk suspek diberikan jaminan polis sementara menunggu tarikh pendakwaan,” katanya.

Terdahulu, suspek bersama abangnya dipercayai memandu secara melulu dan berbahaya sebelum terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan empat sekeluarga iaitu Semek Mat Soh, 73; Nor Azlina Abd Latip, 33; Aiman Mohd Rashid, 36; dan Nur Airish Syifa Sidek, 10.

Image from: Empat Sekeluarga Maut: Remaja Pandu Melulu Dibebas Sementara Dengan Jaminan Polis

Abang suspek berusia 22 tahun turut dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Susulan insiden itu, suspek sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Utusan (Khairul Mohd Ali)

The post Empat Sekeluarga Maut: Remaja Pandu Melulu Dibebas Sementara Dengan Jaminan Polis appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved