Empat 'superman' jalan raya ditahan

8 Jul 2024 • 12:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Empat lelaki buat aksi ala superman di Jalan raya ditahan - Foto: PDRM

PORT DICKSON - Aksi 'superman' empat lelaki menunggang motosikal secara berbahaya di daerah ini mengundang padah apabila ditahan polis pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua mereka berusia antara 19 hingga 28 tahun itu ditahan dalam Ops Samseng Jalanan.

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis(IPD) Port Dickson telah mengesan empat lelaki melakukan aksi merbahaya ala superman dengan meniarap di atas motosikal di atas jalan raya di kawasan pentadbiran IPD Port Dickson.

"Aksi tersebut bukan saja berbahaya kepada diri sendiri, tetapi juga orang lain," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, kesemua mereka telah ditahan dan dibawa ke IPD Port Dickson untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Polis sangat komited dalam membanteras budaya tidak sihat dalam kalangan pengguna jalan raya yang mengganggu gugat kelestarian pengguna jalan raya lain.

"Keselamatan pengunjung yang memandu atau menunggang kenderaan masuk ke Port Dickson sebagai daerah pelancongan terkenal adalah sangat dititikberatkan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved