Empat warga emas maut nahas kereta bertembung treler

24 Feb 2023 • 8:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Operasi dilakukan anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit.

image is not available
Keadaan kereta dan treler yang bertembung di Jalan Sungai Baru dekat Trong mengakibatkan empat maut pada Jumaat. - Foto: Bomba Perak

image is not available
Empat maut dalam nahas sebuah kereta dan treler di Jalan Sungai Baru dekat Trong pada Jumaat.

TAIPING - [DIKEMAS KINI] Empat warga emas maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah treler berhadapan bangunan Pertubuhan Peladang Sungai Tinggi dekat Trong di sini pada Jumaat.

Kesemua mangsa merupakan dua pasangan suami isteri berusia lingkungan 63 hingga 77 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit.

**media[2105885]**

Mangsa dikenali Ng Swee Ho, 67, dan isterinya, Kor Siok Har, 64, manakala Chew Yang Kim, 77, dan isteri, Ng Ah Mooi, 63.

Panggilan kecemasan nahas itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Trong pada jam 5.31 petang.

Ketua operasi, Mohd Rizan Shahrudin berkata, maklumat kemalangan diterima membabitkan treler muatan batu arang dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios.

Menurutnya, pelanggaran mengakibatkan empat mangsa dalam kereta terbabit tersepit.

"Anggota bertindak mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan power unit dan peralatan menyelamat sehingga kesemua mereka dapat dikeluarkan.

**media[2105883]**

"Keempat-empat mangsa bagaimanapun disahkan maut oleh pegawai perubatan di tempat kejadian manakala pemandu treler selamat," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kesemua mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 7.23 malam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, kereta dinaiki empat mangsa itu dalam perjalanan dari arah Taiping menghala ke Pantai Remis.

Beliau, berdasarkan siasatan awal, ketika sampai di lokasi kejadian, kereta terbabit telah masuk ke laluan bertentangan menyebabkan berlaku pertembungan dengan treler.

"Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.