Enam buah kilang perabot terbakar di Sungai Buloh

20 Aug 2023 • 5:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Asal tebal kelihatan di lokasi kejadian.

SUNGAI BULOH - Sebanyak enam buah kilang pembuatan peralatan perabot di Kampung Baru Sungai Buloh, di sini, terbakar petang Ahad.

Kebakaran itu turut mengakibatkan asap tebal berwarna hitam jelas kelihatan di kawasan terlibat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 5 petang tadi.

"Sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Selayang, BBP Damansara dan BBP Rawang bergegas ke lokasi kejadian.

"Pemadaman masih sedang dijalankan, tiada mangsa terlibat dilaporkan setakat ini," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Terdahulu beberapa gambar dan video tular memaparkan kejadian kebakaran dan asap di kawasan itu.