Enam daerah tidak terima hujan lebih tujuh hari berturut-turut

LocalEnvironment
27 Jan 2026 • 2:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebanyak enam kawasan di negara ini dikesan tidak menerima hujan melebihi tujuh hari berturut-turut.
image is not available
Data dikeluarkan MET Malaysia pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Sebanyak enam kawasan di negara ini dikesan tidak menerima hujan melebihi tujuh hari berturut-turut dengan Perlis mencatatkan jumlah hari tanpa hujan tertinggi sebanyak 30 hari.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam hantaran di Facebook pada Selasa memaklumkan, ia diikuti Pulau Langkawi (Kedah) selama 27 hari.

Melaka Tengah (Melaka), Barat Daya (Pulau Pinang) dan Kuala Langat (Selangor) masing-masing mencatat 23 hari tidak menerima hujan dan Kota Setar (Kedah) selama 20 hari.

**media[3414735]**

MET Malaysia dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya akan terus memantau perkembangan cuaca dari semasa ke semasa melalui sistem Fire Danger Rating System (FDRS).

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang bacaan semasa FDRS boleh melayari portal MET Malaysia.