Enam dewan negeri dijangka bubar mulai pertengahan Jun, kata MB

22 Feb 2023 • 6:31 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 22 FEB: Enam negeri mencapai kata sepakat untuk mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam dua minggu terakhir Jun ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Menerusi perkongsian di Facebook, Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan persefahaman tersebut dicapai ketika pertemuan bersama rakan sejawat beliau di Kuala Lumpur hari ini.

“Alhamdulillah kami berenam mengambil kesempatan minum petang di Kuala Lumpur sempena Mesyuarat Majlis Raja Raja yang bersidang dua hari ini.

“Secara ringkas kami mencapai kata sepakat untuk mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri masing-masing dalam dua minggu terakhir Jun 2023,” katanya.

Amirudin berkata perkara tersebut akan dimaklum dan dibincangkan di peringkat parti sebelum dipersembah untuk mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, Yang Dipertuan Besar serta Tuan Yang Terutama Negeri masing-masing.

“Semoga persefahaman ini dapat mempermudahkan usaha rakyat untuk merayakan demokrasi kelak, insya-Allah,” katanya.

Enam negeri tersebut adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved