Enam Dikhuatiri Tertimbus Dalam Tanah Runtuh Di Miri

LocalEnvironment
29 Jan 2025 • 8:15 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KUCHING, 29 Jan (Bernama) — Enam mangsa dikhuatiri tertimbus dalam satu insiden tanah runtuh yang berlaku di Kampung Lereng Bukit di bandar raya Miri awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kejadian itu dilaporkan pada 2.58 pagi dan mangsa dikatakan melibatkan dua wanita dewasa, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

“Seorang lelaki dewasa berjaya diselamatkan tanpa kecederaan. Setakat pukul 3.48 pagi usaha mengeluarkan yang tertimbus masih giat dijalankan,” kata jurucakap PGO.

Operasi menyelamat melibatkan 15 anggota dengan empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral dengan bantuan BBP Lopeng.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved