Enam individu hilang daki Gunung Gerah selamat

7 Sep 2026 • 6:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Enam individu hilang daki Gunung Gerah selamat

GERIK – Empat beranak dan dua malim gunung yang dikhuatiri hilang ketika mengikuti aktiviti pendakian Gunung Trans Gerah (Trans GGB) di Hutan Simpan Lojing, Kelantan ditemui selamat petang ini.

Difahamkan, seorang mangsa cedera namun tahap kecederaan belum dapat dipastikan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, maklumat keberadaan kesemua mangsa diperoleh selepas pihaknya berjaya menghubungi salah seorang malim gunung yang bersama kumpulan itu sekitar pukul 5.30 petang.

Katanya, berdasarkan maklumat, kesemua mereka masih berada di trek pendakian dan dalam keadaan selamat.

“Mereka boleh bergerak tetapi perlahan. Pasukan penyelamat akan menyusul trek pendakian di mana kumpulan itu berada untuk membawa mereka keluar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, kaedah penyelamatan turut akan menggunakan helikopter yang akan membawa pasukan penyelamat dan menurunkan mereka di salah satu kem sebelum pasukan meneruskan perjalanan ke lokasi mangsa.

“Pasukan penyelamat akan naik hari ini juga,” katanya.

Terdahulu, operasi SAR mengesan kesemua mangsa digerakkan selepas mereka gagal keluar mengikut jadual di Pos Kemar pada 3 September lalu.

Keenam-enam individu itu dilaporkan memulakan pendakian merentas tiga puncak gunung iaitu Gerah, Bilah dan Bieh (Trans GGB) pada 29 Ogos lalu.

Enam individu terbabit ialah dua malim gunung, Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, serta empat sekeluarga iaitu Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, isterinya, Siti Zulaiha Norizan, 39, dan dua anak mereka, Diya Raisha, 13, serta Ahmad Raef, 9. – KOSMO! ONLINE

The post Enam individu hilang daki Gunung Gerah selamat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved