Enam kawasan di Selangor rekod kualiti udara sederhana

LocalEnvironment
25 Sep 2026 • 8:18 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Enam kawasan di Selangor rekod kualiti udara sederhana

SHAH ALAM, 25 SEPT: Enam kawasan di Selangor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sederhana setakat jam 8 pagi ini, dengan Shah Alam mencatat bacaan tertinggi 83.

Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Kuala Selangor dan Johan Setia masing-masing merekodkan bacaan 78, diikuti Petaling Jaya 74, Klang 70 dan Banting 63.

Sementara itu, kualiti udara di empat kawasan di Sarawak berada pada tahap tidak sihat, termasuk IPD Serian yang merekodkan IPU 179.

Samarahan dan Kuching masing-masing merekodkan IPU 167, manakala Sri Aman mencatat bacaan 164.

Beberapa kawasan lain di Sarawak pula masih berada pada tahap sederhana, antaranya Bintulu dan Kapit yang masing-masing mencatat bacaan 95, Sarikei 94 serta Sibu 90.

Di seluruh negara, tiga kawasan merekodkan kualiti udara pada tahap baik manakala sebahagian besar stesen pemantauan lain mencatat bacaan sederhana.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana manakala bacaan 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved