Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan tentang penangkapan seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ bersama-sama dua kekasih gelap.

Terbaru, enam lagi wanita telah ditahan dipercayai terlibat dalam aktiviti persundalan ini.
Wanita yang terlibat berusia antara 21 hingga 36 tahun dan mereka semua ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam fasa kedua Op Daddy.
Mereka semua juga didakwa melakukan hubungan seks secara sukarela dan merakam serta menjual kandungan seks terbabit di laman X.
Kredit: mStar

