Enam lokasi jualan murah hari ini, ayam RM10, telur RM9 sepapan

LocalSales & Promo
9 Apr 2026 • 8:32 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 9 APRIL: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang dijayakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama strategik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di enam lokasi hari ini.

Jualan murah itu menawarkan ayam seekor (RM10), daging pejal (RM10/pek), telur jenis B (RM9 sepapan), ikan (RM6.50/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM12).

Turut dijual ialah tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM14.00) dan lampin bayi pakai buang (RM8).

Empat lokasi JER dianjurkan dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari adalah di DUN Paya Jaras, Sungai Tua, Semenyih dan Balakong manakala DUN Seri Serdang dan Sementa bermula dari jam 3.30 hingga 6.30 petang.

Berikut lokasi JER hari ini:

image is not available
Lokasi Jualan Ehsan Rahmah (JER) pada 9 April 2026. Foto Facebook Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor - PKPS

Pada 2023, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.