Enam Negeri Bakal Berhadapan PRN Secara Serentak Pada Tahun Depan

Politics
8 Dec 2022 • 12:21 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani telah mengesyorkan enam negeri untuk diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) secara serentak pada tahun hadapan.

Abdul Ghani memaklumkan bahawa langkah itu adalah untuk memudahkan pihak SPR dalam membuat koordinasi bagi parti politik untuk bertanding serta pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.

Negeri-negeri yang terlibat

image is not available

Pengerusi SPR itu juga memberitahu bahawa enam negeri yang terlibat adalah Kedah, Kelantan dan Terengganu di bawah pimpinan parti PN dan juga Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan yang berada di bawah pimpinan parti PH.

Banyak persiapan yang perlu dilihat dari segi tempat mengundi, dari segi petugas. Petugas kita tahun ini terlalu ramai sehingga mencapai angka 370,000 orang. Kita perlu mengkaji semula tempoh had pelaksanaan pilihan raya untuk membolehkan kita menjalankan kerja dengan selesa. – Abdul Ghani

Tiada cadangan tarikh sesuai bagi pelaksanaan PRN, dan SPR menyerahkan isu itu atas kebijaksanaan pimpinan negeri masing-masing.

Kredit: BuletinTV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media