Enam Parti Pembangkang Korea Selatan Fail Usul Pemecatan Presiden Yoon Suk-yeol

WorldPolitics
4 Dec 2024 • 5:15 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Enam parti politik pembangkang Korea Selatan memfailkan usul pemecatan Presiden Yoon Suk-yeol pada Rabu selepas pengisytiharan darurat oleh Yoon dihalang oleh Ahli Parlimen.

Memetik laporan Yonhap, proses pembentangan usul dalam sesi dewan parlimen dijangka akan diadakan esok, manakala undian pula dijangka akan dilaksanakan pada 6 hingga 7 Disember ini.

Parti pembangkang usul pemecatan Presiden Korea Selatan

image is not available

Pemecatan akan dilakukan sekiranya ia mendapat undian dua per tiga daripada ahli dewan parlimen, dan jika undian itu berjaya, beliau akan dilucutkan kuasa sehingga Mahkamah Perlembagaan menentukan nasib beliau.

Usul pemecatan Yoon dilakukan susulan tindakan beliau mengisytiharkan darurat semalam atas alasan melindungi ancaman komunis Korea Selatan.

image is not available

Pada masa yang sama, beliau turut berkata pengisytiharan itu adalah untuk menghapuskan elemen antinegara yang merampas kebebasan rakyat.

Sumber: Yonhap

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved