Enam pelajar mengaku tidak bersalah terlibat merusuh

21 Jul 2026 • 4:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Enam pelajar mengaku tidak  bersalah terlibat merusuh

Kota Kinabalu: Enam pelajar perempuan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak pada Isnin atas pertuduhan merusuh berkaitan satu insiden yang tular di media sosial.

Kesemua tertuduh berusia antara 12 hingga 16 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menjadi anggota kumpulan perhimpunan haram dengan niat bersama menyebabkan kecederaan terhadap seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun dengan menggunakan kekerasan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 8 pagi pada 22 Mei lalu di luar pagar sebuah sekolah menengah.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 9 September depan untuk pengurusan kes sebelum perbicaraan (PTCM).

Setiap tertuduh dibenarkan ikat jamin RM1,000 dengan deposit RM500 dengan seorang bapa atau ibu masing-masing perlu menjadi penjamin.

Kesemua enam pelajar diwakili peguam Datuk Ram Singh dan Prabjit Singh Gill manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Arfa Anchal Khan Muhammad Munir Khan.

Sebelum ini dilaporkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu cedera selepas dipercayai diserang sekumpulan pelajar.

Insiden itu mendapat perhatian selepas rakaman video yang menunjukkan mangsa dipercayai dipukul tersebar di media sosial pada 27 Mei lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved