Enam pemain Selangor FC tidak sertai Harimau Malaya

LocalFootball
9 Nov 2026 • 6:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Enam pemain Selangor FC tidak sertai Harimau Malaya

 

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan enam pemain Selangor FC tidak dapat menyertai Harimau Malaya ke China untuk menghadapi dua aksi persahabatan.

Pemain berkenaan ialah Nooa Laine, Ahmad Zikri Khalili, A. Selvan, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Syahir Bashah dan Harith Haiqal Adam Afkar.

Menerusi kenyataan FAM, badan induk itu telah menerima surat rasmi daripada Selangor FC yang memaklumkan bahawa keenam-enam pemain berkenaan mengalami kecederaan selepas aksi separuh akhir kedua Piala FA menentang Kuching City FC, semalam.

“FAM mengesahkan enam pemain Selangor FC yang disenaraikan untuk memperkuat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang China dan Yemen, 14 dan 17 November ini tidak dapat menyertai pasukan berikutan masalah kecederaan.

“FAM mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan menghormati situasi yang dihadapi oleh pihak kelab serta pemain terbabit, ” kata FAM.

Terdahulu, wujud spekulasi sebuah kelab gergasi Liga Super dikatakan mengambil keputusan menarik keluar semua pemainnya daripada menyertai kem latihan skuad kebangsaan.

Untuk rekod, kem pusat Harimau Malaya kali ini turut tidak melibatkan pemain tonggak utama Johor Darul Ta’zim (JDT) atas alasan mengambil kira jadual perlawanan Harimau Selatan yang padat sepanjang November ini.

Sehubungan itu, Cheng Hoe telah memanggil lima pemain yang berada dalam senarai bersedia bagi mengisi kekosongan dalam skuad negara.

Lima pemain berkenaan ialah penjaga gol, Suhaimi Husin, Safwan Mazlan dari Terengganu FC, Dominic Tan (Sabah FC), Ariff Farhan Md Isa (Kuching City) dan Syafiq Ahmad (Kuala Lumpur City). – KOSMO! ONLINE

The post Enam pemain Selangor FC tidak sertai Harimau Malaya appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved