
Kota Kinabalu: Enam pendatang tanpa izin masing-masing dipenjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.
Warga Filipina berusia 20 dan 40 tahun itu mengaku secara berasingan terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka, selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka.
Mereka ditahan di kawasan bandaraya selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada polis baru-baru ini.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Semasa mitigasi, mereka memberitahu mahkamah bahawa mereka sudah berada di negeri ini beberapa bulan dan tahun dan bekerja sebagai buruh.
Mereka meminta dihantar pulang ke kampung halaman secepat mungkin.
Pendatang tanpa izin terbabit diperintahkan menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.
Selepas menjalani hukuman penjara, pendatang tanpa izin itu diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
