Enam rang undang-undang diluluskan di Dewan Rakyat minggu ini

22 Mar 2024 • 8:33 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Enam rang undang-undang diluluskan di peringkat jawatankuasa pada minggu keempat Mesyuarat Pertama Penggal ke-15 Dewan Rakyat.

Ia melibatkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2023) 2024 membabitkan pengeluaran sejumlah wang tidak melebihi RM23,479,669,350 daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan 2023.

Selain itu, Dewan Rakyat turut meluluskan RUU Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023; RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023; RUU Polis (Pindaan) 2024; RUU Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2023 dan RUU Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 2023.

Pada minggu keempat juga menyaksikan RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi meminda Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2013 (Akta 743) yang dibentangkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.

Pada persidangan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut mengadakan penerangan berkenaan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Saifuddin berkata, LPF tidak akan meluluskan tayangan mana-mana filem yang memaparkan kandungan mempromosi gaya hidup LGBTQ (lesbian, gay, biseksual, transgender dan kelompok yang mempersoal identiti seksual diri), mengandungi unsur komunisme, Islamofobia dan bertentangan dengan akidah Islam serta ajaran sesat.

Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung sehingga 27 Mac ini, menyaksikan pembentangan serta perbahasan rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved