Enam tenggiling diserah kepada Unit Penyelamat Hidupan Liar, Jabatan Hidupan Liar Sabah

8 Mar 2024 • 1:43 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Enam ekor tenggiling dari Penampang, Tuaran dan Kota Kinabalu telah diserahkan kepada Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) Jabatan Hidupan Liar Sabah bulan lepas.

WRU mengatakan, kebanyakan spesies terancam itu ditemui di kediaman, manakala ada yang ditemui ketika melintas jalan, dan seekor lagi merupakan mangsa serangan anjing.

Mujur, kebanyakan tenggiling yang diselamatkan itu tidak menunjukkan tanda-tanda ketidakselesaan atau kecederaan fizikal ketara, kecuali tenggiling yang diselamatkan di Kampung Kolopis, Penampang, yang ekornya cedera parah akibat digigit anjing.

“Mamalia bersifat pemalu ini kemudiannya diserahkan kepada pihak klinik Taman Hidupan Liar Lok Kawi untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan lanjut oleh pakar.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Selepas beberapa hari menjalani rawatan, dua tenggiling jantan seberat 6.5kg dan 8kg dipulangkan dengan selamat.

“Yang lain akan menyusul tidak lama lagi sebaik doktor haiwan mengesahkan ia sihat,” menurut WRU di Facebook.

WRU memuji individu bertanggungjawab yang menghubungi mereka dan menyelamatkan tenggiling.

Ia mengatakan kesemua individu ini menunjukkan dengan cemerlang bagaimana seseorang yang bertanggungjawab akan bertindak apabila bersemuka dengan hidupan liar.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.