Enam tentera terbunuh, helikopter terhempas di Pakistan

26 Sep 2022 • 3:57 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW DELHI: Enam askar, termasuk dua mejar, terbunuh dalam nahas helikopter tentera Pakistan di wilayah Balochistan pada Ahad malam.

Bahagian media tentera Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR) dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan helikopter itu terhempas di kawasan Harnai.

“Semua enam anggota di dalam pesawat termasuk dua juruterbang terkorban,“ menurut ISPR.

Nahas membabitkan helikopter tentera itu kali kedua berlaku di Balochistan dalam tempoh kurang dua bulan.

Pada Ogos, sebuah helikopter terhempas mengorbankan enam orang, termasuk seorang komander wilayah, Leftenan Jeneral Sarfraz Ali, semasa menyertai operasi bantuan banjir di daerah Lasbela di wilayah itu.-Bernama