Enam termasuk bayi maut

LocalCars
14 Jan 2025 • 3:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

SEMPORNA: Seorang bayi antara enam maut dalam kemalangan membabitkan Isuzu D-Max, Toyota Innova dan Proton Wira di KM37 di Jalan Semporna-Tawau, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah, Supt Mohd Sabri Zainol berkata, Isuzu D-Max dan Toyota Innova itu datang dari arah Semporna menghala ke Tawau, manakala Proton Wira dalam arah bertentangan ketika kejadian berlaku kira-kira jam 4.10 petang.

Advertisement“Kemalangan berlaku apabila Proton Wira memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Isuzu D-Max sebelum dirempuh Toyota Innova.

“Impak rempuhan menyebabkan pemandu Proton Wira itu mengalami kecederaan parah, manakala lima penumpangnya maut di tempat kejadian dan seorang lagi maut ketika menerima rawatan di Hospital Semporna,” katanya, dalam satu kenyataan pada Ahad malam.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Menurut Mohd Sabri, siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Sabri meminta mana-mana saksi atau mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil menghubungi Pegawai Siasatan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna, Insp Hemkumar Ayathuray di talian 012-3650021 atau 089-782020 atau balai polis berhampiran.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau turut mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan mengamalkan pemanduan selamat bagi mengelak sebarang kemalangan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan susulan kemalangan itu pada 4.58 petang melalui MERS999.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semporna dikerahkan ke lokasi kejadian.

Sejurus tiba, pasukan melaporkan kemalangan itu melibatkan tiga kenderaan dengan 15 mangsa terlibat.

Enam mangsa daripada Proton Wira itu disahkan meninggal dunia manakala seorang lagi individu daripada Proton Wira cedera. Empat orang dalam Isuzu D-Max dan empat lagi dalam Toyota Innova tidak cedera dalam kejadian itu.

Jabatan itu berkata, kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat pada jam 7.16 malam selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di tempat kejadian.