Enam termasuk pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah

LocalPolitics
3 Sep 2024 • 12:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Enam lelaki termasuk seorang pegawai penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan direman lima hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah.

KOTA BHARU - Seorang pegawai penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan antara enam lelaki direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah.

Perintah reman terhadap kesemua lelaki berusia 50-an itu dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Semalam, kesemuanya ditahan di pejabat SPRM di sini antara 2 hingga 5 petang, selepas mereka hadir memberi keterangan.

Difahamkan mereka disyaki meminta dan menerima suapan secara bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi melindungi dan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi seperti minyak serta barangan seludup lain termasuk rokok. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved