Enam warga asing ditahan dalam operasi di sebuah kondominium mewah

27 Mar 2024 • 9:56 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan enam pendatang tanpa izin dalam operasi di sebuah kondominium mewah di Jalan U-Thant di sini, Isnin lepas.

Pengarah Jabatan Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammaed Saupee Wan Yusoff berkata mereka ditahan terdiri daripada warga China dan Myanmar berusia 35 hingga 56 tahun kerana didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan menyalahgunakan pas lawatan kerja sosial.

“Operasi ini dilaksanakan setelah mendapat aduan awam berhubung kegiatan warga asing yang menjalankan pusat ‘perkhidmatan pelanggan’ secara dalam talian dipercayai melanggar undang-undang.

“Selain itu, beberapa unit kondominium tersebut dipercayai digunakan sebagai pusat aktiviti penipuan dengan penglibatan scammer terdiri daripada sekumpulan warga asing bagi tujuan pelaburan dalam talian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kesemua mereka yang ditahan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk siasatan dan tindakan lanjut. -Bernama